Bengkel Pengenalan Asas Tarian Tradisional Melayu (Tari Rampaian) 2019 merupakan satu program yang dijalankan oleh Persatuan Penggiat Zapin Negeri Johor dengan Kerjasama Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertujuan memberi peluang kepada guru-guru pembimbing/jurulatih kelab seni budaya di sekolah-sekolah seluruh negara memperoleh pengalaman dan pengetahuan berasaskan pendidikan seni budaya yang berteraskan elemen seni tari tradisional Melayu. Susunan latihan di dalam program ini telah diatur dengan lebih teliti bagi memastikan penyampaian guru-guru kepada anak-anak murid/pelajar yang secara tidak langsung membina pengalaman pertama atau meningkatkan kemahiran guru-guru sebagai pembimbing dalam sesebuah kelab seni budaya yang melibatkan aktiviti seni tari.
BENGKEL PENGENALAN ASAS
TARIAN TRADISIONAL MELAYU 2019 UNTUK
GURU-GURU PEMBIMBING/JURULATIH KELAB SENI BUDAYA SEKOLAH-SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Tenaga pengajar bagi program ini adalah terlatih dan berkelayakan serta berpengalaman sesuai dengan program yang sedang dilaksanakan ini bagi membantu para guru penasihat kelab kesenian dan kebudayaan menjayakan aktiviti seni budaya di sekolah masing-masing secara berperingkat-peringkat bermula dengan bengkel pengenalan asas terlebih dahulu.